9:39 PM

Perpaduan kaum

     Negara kita amat dikagumi dan dihormati disebabkan oleh kedamaian dan keamanan yang wujud sedangkan ia sebuah negeri berbilang kaum. Kita berasa bangga apabila penduduk negara asing berasa hairan dan kagum, keran penduduk negara kita bergaul mesra tanpa mengira kaum,keturunan, kepercayaan dan adat resam yang berbeza. Masyarakat berbilang kaum ini telah menunjukkan moral dan etika yang tinggi semangat cinta kepada keamanan sejagat.
    Sejak zaman penjajahan British, polarisasi kaum wujud dengan begitu menonjol sekali. Pelbagai kaum datang dari tempat lain belum dapat hidup bersama semasa proses perbentukan masyarakat berbilang kaum pada awalnya. Walaupun kini keadaan sudah berubah dengan baik, namun masalah polarisasi masih wujud. Terdapat sesetengah golongan masih yang memandang hina kaum lain ?? Selain itu, wujud sikap mementingkan kebaikan  kaum sendiri. Terdapat juga situasi di mana orang yang berbeza dari segi kaum tidak dapat hidup bersama dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik. Kadang kala garisan di antara kaum jelas sekali dilihat.
     Walaubagaimanapun, kemesraan dan kemesraan antara kaum adalah penting bagi membentuk sebuah negara yang aman damai. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang kondruktif harus diambil untuk menghilangkan garisan polarisasi kaum ini.
      Pertama sekali, kerajaan haruslah memberi kedudukkan yang sama kepada semua kaum dengan ahli saksama. Semua kemudahan dan kebaikan haruslah dinikmati oleh setiap kaum. Di samping itu, pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum diadakan dan dilancarkan di perumahan yang terdiri daripada  penduduk berbilang kaum mahupun di tempat perkerjaan dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada kaum yang berbeza untuk bergaul dan menuju ke tempat yang sama.
     Rakyat juga harus digalakkan melibatkan diri dalam kegiatan yang melibatkan pelbagai kaum. Rakyat mesti digalakkan supaya bersaling kunjung-mengunjungi semasa hari perayaan menjelang. Kini, rakyat Malaysia meraikan pelbagai hari perayaan kaum-kaum yang berbeza yang bersama. Ini telah merapatkan lagi perhubungan antara kaum. Masing-masing boleh menghormati adat dan kepercayaan kaum lain.
     Selain aktiviti-aktiviti ini, rakyat haruslah diberi kesedaran tentang perpaduan kaum melalui pelbagai cara. Sejak tahun lagi, pendidikan moral yang dipelajari di sekolah telah dimasukkan pelajaran berkenaan dengan pelbagai kaum di negara kita. Pelajar didedahkan kepada adat redam kepercayaan kaum yang berbeza dan memupuk semangat hormat kepada kaum lain. Di samping itu, lapisan masyarakat juga didedahkan kepada pelbagai adat dan kepercayaan kaum yang berlainan melalui televisyen dan radio. ini akan menjalin perhubungan yang erat dan pemahaman tentang kaum lain.
     Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum harus sedar kepentingan perpaduan rakyat membangunkan sebuah negara. kita harus mempunyai semangat cinta kepada negara serta keamanan dan hormat kepada kaum lain. Polarisasi kaum sekiranya tidak terkawal dan diperbaiki, akhirnya akan membangkitkan kepecahbelahan dan kemerosotan negara. Jesteru itu, Rakyat Malaysia haruslah berusaha bagi mengekalkan nama baik negara kita sebagai negara berbilang bangsa yang sentiasa berada dalam keamanan dan keharmonian.

7:27 AM

Kelemahan diri saya



      26/10/2009 adalah peperiksaan yang ke akhir tahun untuk tingkatan 4, saya amat kegelisahan kerana saya belum bersedia lagi untuk menghadapinya. Saya amat bimbang tentang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kerana beberapa perkataan dalam karangan ini ada 350 perkataan. Adakah saya mampu membuat karangan  dalam 350 perkataan? Wallahhualam, Tetapi saya akan buat sedaya upaya untuk mendapat markah yang terbaik. Tetapi saya ada masalah pembelajaran, saya tak beberapa pandai untuk menyusun ayat. Kadangkala, saya tidak memahami soalan-soalan yang mengenai perpaduan kaum. Saya berharap saya akan berusaha. Insyallah. I WILL DO MY BEST.

11:15 PM

Hobi yang 2nd
















     Hobi saya yang kedua adalah Menembak. Mungkin saya pelik, Saya pun tidak pasti. Untuk dari segi keselamatan,agaknya kemungkinan saya ni macam2 saya boleh buat tapi saya ni gelojoh sikit. Jadi saya kena sabarlah ya. Saya amat suka hobi tersebut kerana ia memang cukup hebat dan model senjata amat mengkagumkan. Kadangkala saya pergi ke carefour pula saya main menembak, permainan yang dipanggil ialah Time Crisis 3, ha...... Macam-macam saya pergi dengan abang, ibu,ayah dan sesiapa sahaja. Menembak adalah merupakan aktiviti sukan juga untuk melatihkan sasaran dan kosentrasi yang tertinggi. Ha... hebatkan kawan-kawan? tapi dilarang menembak merata-rata dan sasaran ke orang lain maka ia menjadi satu jenayah kemudian masuk dalam lokap selama 2 tahun. Jadi hati-hatilah apabila berlatih.

8:49 PM

Hobbies

Hobi saya adalah drift . Drift merupakan aktiviti sukan untuk orang muda, saya amat suka aktiviti ini kerana ia menyeronokkan dan memang best. Kalau nak drift mesti ada satu kereta, Kegemaran kereta saya adalah Mazdaspeed RX-8 di bawah berikut. Kenapa saya suka kereta tersebut? Sebab Kelajuan Kereta Lambat sikit tapi bila drift dia lagi cepat. Teknik-Teknik Saya dibelajari oleh website tersebut http://go2id.net/drift.php. Website ini yang saya belajar tetapi jangan buat di dalam realiti nanti kena saman anda mampu mengubahnya. Bila saya dah besar nanti Saya akan drift Di tempat lumba kereta yang akan datang.

7:49 PM


TEAMWORK